Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600

Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600

Alor Setar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Kedah, hari ini kerana disyaki menyeleweng wang berjumlah RM140,600.

Menurut sumber, suspek berusia 43 tahun ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, kira-kira 4.30 petang.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan kedudukannya bagi melakukan kegiatan berkenaan bermula Ogos 2019 hingga Januari 2020.

“Suspek dikatakan menyeleweng Peruntukan Khas Jabatan Perdana Menteri bagi kawasan Parlimen.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Dia dipercayai menggunakan beberapa invois palsu bagi menuntut bayaran bagi kerja di kawasan Parlimen berkaitan bernilai antara RM9,500 hingga RM34,000,” kata sumber itu.

SPRM dijangka akan memohon perintah reman ke atas suspek di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pagi esok.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terbabit dan siasatan lanjut sedang dilakukan. HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker