Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek

Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek

Dikritik Kerana Menari Pakai Seluar Pendek, Daiyan Trisha Tak Melatah

Penyanyi Daiyan Trisha enggan terlalu ‘melatah’ meskipun sering dikritik oleh netizen dalam pelbagai isu.

Hanya Lima Bulan Mengacara Muzik-Muzik 36, Daiyan Trisha Tidak Kecil Hati Diganti Dengan Sissy Iman

@daiyantrisha22

true story 😂🥰 (IB: @missalvy_ )

♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Terbaru, Daiyan sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila dia dikatakan terlalu ‘seksi’ selepas memuat naik video yang berlatarkan lagu Stay nyanyian The Kid Laroi dan Justin Bieber.

Dia yang ketika dihubungi media memaklumkan bahawa ada menerima mesej-mesej ‘tarbiah’ daripada segelintir netzien namun hanya memandang perkara tersebut sebagai positif.

Kadang-kadang saya tak ambil setiap komen-komen itu terlalu peribadi sangat. Jadi, saya balas seperti biasa saja dan saya juga berterima kasih kepada mereka kerana menegur saya. Kalau dilihat semula video itu, saya memakai seluar pendek. Kalau orang bercakap mengenai saya menari, bukanlah keterlaluan atau apa. Ia sekadar suka-suka dan bersifat kelakar.

Tambahnya lagi, dia mengerti bahawa setiap platform media sosial terdiri daripada pelbagai latar belakang dan ‘mindset’ yang berbeza.

Dalam hantaran TikTok yang dimuat naik Daiyan, kebanyakan komen yang diterimanya adalah berkenaan aurat dan cara berpakaian.

Perkembangan lain, Daiyan bakal kembali dengan single terbaru berjudul Penat yang akan dilancarkan pada Jumaat ini.

Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker