Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Cuma PM, Kabinet perlu letak jawatan, bukan saya, kata Pengerusi Mara

Seorang Ahli Parlimen Bersatu dari Sabah berkata beliau tidak akan mengosongkan jawatannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), walaupun Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, semalam.



Ahli Parlimen Beaufort Azizah Dun, yang juga pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), berkata pihak mendesak kepemimpinan Bersatu yang dilantik ke GLC agar meletakkan jawatan, sepatutnya menyemak semula Perlembagaan Persekutuan.

Azizah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sabah berkata, mengikut Perlembagaan hanya Muhyiddin dan jemaah Kabinetnya gugur kedudukan mereka, sejurus Perdana Menteri meletakkan jawatan.

“Kenapa dia mau tanya begitu pula (kenyataan media sosial)? Kena semak Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan dengan jelas bahawa apabila kehilangan majoriti di Parlimen, maka Kabinet meletakkan jawatan. Itulah yang jelas.

“Sebab itu dalam media sosial ini kadang-kadang mereka bercakap sesuka hati saja… Tidak tau apa yang sebenarnya berlaku, mereka tidak tahu Perlembagaan dan sebagainya.



“Jadi, bagi kami kita tunggulah macam mana selepas ini, apabila sudah terlantik Kabinet baru dan PM baru, dan kita lihatlah apa yang berlaku,” katanya.

Azizah yang dilantik mengisi jawatan Pengerusi Mara pada 1 Mei tahun lalu, berkata media sepatutnya mendidik masyarakat supaya menyemak fakta dikemukakan sebelum membuat kenyataan di dalam talian.

Terdahulu, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata lebih baik semua pelantikan politik dibuat Muhyiddin di GLC dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) mengikuti jejak bekas Perdana Menteri itu dengan meletakkan jawatan serta-merta.

Dalam catatan di Facebook, beliau berkata itu adalah tindakan terhormat berikutan tiada alasan mahupun keabsahan bagi lantikan politik terbabit kekal berada di jawatan masing-masing.



Nik Nazmi, berkata kebanyakan urus tadbir GLC dan GLIC terdiri daripada kumpulan profesional dan peletakan jawatan mereka tidak akan memberi kesan.

Menurutnya, kerajaan baharu mesti mengisi kekosongan jawatan berkenaan berdasarkan merit bukan semata-mata pertimbangan politik.

FMT telah cuba menghubungi Ahli Parlimen Bersatu lain yang turut memegang jawatan seumpama itu. FMT

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker