Ibu maut, bayi 3 bulan cedera, langgar pembahagi jalan

Sebaran :

Ibu maut, bayi 3 bulan cedera, langgar pembahagi jalan

Seorang wanita warga asing maut manakala bayinya yang berusia tiga bulan cedera dalam kemalangan di Kilometer 19.2, Lebuhraya Senai Desaru, Johor Bahru pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, bayi berkenaan dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan berkenaan dan berada di atas jalan raya selepas kereta dinaiki hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan, menurut laporan Harian Metro.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II M Haridass berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.25 petang.

Difahamkan, kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 58 tahun itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala Bandar Penawar, Kota Tinggi.

“Pemandu lelaki cedera ringan di bahagian kepala dan tangan manakala bayi itu cedera di bahagian kepala.

“Ibunya yang juga warga Indonesia berusia 41 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bayinya dihantar ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian. Operasi kemudian ditamatkan kira-kira jam 2.33 petang. FMT

Ibu maut, bayi 3 bulan cedera, langgar pembahagi jalan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan


Sebaran :

Leave a Reply