Ismail Sabri calon Perdana Menteri

Ismail Sabri calon Perdana Menteri

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan mengesahkan bahawa ahli parlimen BN sepakat menyokong untuk mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri bagi BN.

Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lain juga mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 4 petang esok.

Dalam pada itu, Azalina mengesahkan MKT Umno malam ini memberikan kebebasan kepada Ahli Parlimen BN mencalonkan sesiapa dalam kalangan mereka untuk menggantikan Muhyiddin, dalam surat akuan mereka yang perlu dihantar ke Istana Negara esok.

“Bagaimanapun Ahli Parlimen BN memutuskan untuk menyokong satu nama sahaja (Ismail), kata Azalina.

“Kami diberikan taklimat tadi bahawa (calon) BN akan memperolehi sokongan daripada rakan politik lain untuk memperolehi sokongan majoriti mudah 111 kerusi di Dewan Rakyat,” kata beliau.

Terdahulu, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9 kepada Istana Negara

Ahli-ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang 18 Ogos untuk mengemukakan surat akuan secara bertulis.

Ismail Sabri didakwa sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti 111 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Berita lanjut menyusul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker