KSN beri penjelasan Apa fungsi PM ‘caretaker’,

Perdana Menteri sementara atau “caretaker” turut menjalankan fungsi sebagai kerajaan “caretaker”, demikian menurut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Dalam kenyataan mengenai fungsi dan peranan kerajaan “caretaker”, Zuki berkata Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan kerajaan “caretaker”, namun berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara Komanwel, ia hanya berfungsi untuk mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk.

“Dalam hal ini, kerajaan ‘caretaker’ boleh mengambil tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan.



“Bagaimanapun, kerajaan ‘caretaker’ tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat, atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau “caretaker” sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu diputuskan setelah Agong berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin, serta seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa semalam.

Memperincikan peranan kerajaan “caretaker” itu, Zuki berkata ia boleh menjalankan tugasan rasmi rutin, termasuk kuasa yang diberi bawah undang-undang bagi memastikan kerajaan berfungsi.



Beliau berkata, kerajaan “caretaker” juga boleh mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran kerajaan.

Katanya, kerajaan “caretaker” boleh meneruskan pelaksanaan dasar serta program sedia ada, berdasarkan peruntukan kewangan yang diluluskan sebelum perdana menteri meletakkan jawatan seperti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Pelan Pemulihan Negara dan bantuan-bantuan lain.

“Kerajaan ‘caretaker’ juga boleh melaksanakan apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji, yang mana dasar telah diluluskan oleh kerajaan atau peruntukan mengenainya telah diluluskan di Parlimen, seperti Belanjawan tahun semasa,” katanya.

Zuki berkata, kerajaan “caretaker” juga boleh mengadakan mesyuarat dan menghadiri majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program kerajaan.




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Semua parti konsensus hentikan politik lama, kata Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker