Selamatkan negara daripada pelampau agama – Anwar

Selamatkan negara daripada pelampau agama – Anwar

Rakyat yang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PN) Selangor pada 12 Ogos ini perlu memilih Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana negeri itu dan Malaysia perlu diselamatkan daripada golongan pelampau agama.



Justeru, Pengerusi PH itu menegaskan, ahli-ahli parti dan BN perlu bekerjasama kerana mempunyai misi yang sama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ahli BN jangan rasa susah nak kibar bendera PKR, ahli PKR pun jangan rasa susah kibar BN. Ini kerana mempunyai misi sama untuk menyelamat negeri Selangor dan negara ini.

“Jangan biarkan negara ini dirosakkan oleh pelampau agama,” katanya ketika berucap pada Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di sini malam ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin.



Selain itu turut kelihat barisan menteri Kabinet pada program yang dipenuhi ribuan penyokong kedua-dua gabungan parti itu.

Mengulas lanjut, Anwar mengakui beliau sedar pembangkang ingin menggunakan PRN di enam negeri untuk menukar kerajaan sedia ada.

Ini kerana jelas beliau, selepas mereka gagal membuktikan mempunyai mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan sebelum ini.

“Nak ambil alih untuk betulkan ekonomi? Mereka dulu lagi haprak jaga ekonomi,” katanya. MG



Selamatkan negara daripada pelampau agama – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker