Tak sempat joli hasil pecah rumah, ‘Geng Gopi’ dicekup polis

Tak sempat joli hasil pecah rumah, ‘Geng Gopi’ dicekup polis

Empat ahli kumpulan dikenali sebagai Geng Gopi termasuk ketuanya ditahan polis, hanya beberapa jam memecah masuk sebuah rumah di Batu 10, Telok Panglima Garang, kelmarin.

Suspek berusia 30-an ditahan di beberapa lokasi berasingan di Shah Alam dan Klang selepas polis menerima laporan berhubung kes pecah rumah pada jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, tiga suspek ditahan di sebuah premis kimpalan paip yang terbiar di Seksyen 36, Shah Alam manakala ketua kumpulan pula ditahan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang.

“Sebelum itu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang mendakwa rumahnya dipecah masuk individu tidak dikenali dan beberapa barangan termasuk topi keledar, pasport, kunci kereta hilang.

“Hasil maklumat, polis menyerbu sebuah premis kimpalan paip yang sudah lama tidak beroperasi di Shah Alam dan menahan tiga suspek.

“Soal siasat kemudian membawa kepada penahan seorang lagi lelaki dipercayai ketua kumpulan berkenaan. Turut ditemui adalah pasport milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan mendapati ahli geng berkenaan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah manakala ketua kumpulan itu dikesan memiliki 21 rekod jenayah.

Kumpulan berkenaan dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dan dengan penangkapan empat suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah dan curi kenderaan di kawasan Telok Panglima Garang serta Klang. FMT

Tak sempat joli hasil pecah rumah, ‘Geng Gopi’ dicekup polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker