Najib cadang cukai karbon disalurkan ke dalam tabung bencana

Najib cadang cukai karbon disalurkan ke dalam tabung bencana

Najib Razak mencadangkan supaya kerajaan menetapkan peratusan tetap bagi kutipan cukai karbon untuk disalurkan ke tabung amanah khas bencana bagi membantu mangsa banjir.

Bekas Perdana Menteri membuat cadangan bagi memastikan satu dana lebih besar dapat dikumpul khusus bagi membantu mangsa yang terjejas.

“Sebelum ini kerajaan tidak ada peruntukan khas bagi bantuan dan segala bantuan adalah ad-hoc. Dua minggu lepas, kerajaan persekutuan baru sahaja menyalurkan RM50 juta pada dana ini.

“Melihat kerajaan pusat berhasrat untuk memperkenalkan cukai karbon seperti negara-negara Singapura dan Indonesia dalam usaha Malaysia menjadi negara neutral karbon, saya saran peratusan yang tetap daripada kutipan cukai karbon ini disalurkan ke tabung amanah bencana ini,” katanya di facebook.

Mengulas lanjut Najib berkata, sudah tiba masa bagi sektor-sektor yang mencemarkan udara atau menyebabkan perubahan iklim seperti industri pembuatan, industri gas dan minyak, industri perumahan, sektor pembalakan dan selainnya menyumbang secara terus kepada mangsa-mangsa banjir sekiranya mereka tidak mengurangkan kesan pada perubahan iklim masing-masing.

Sebelum ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia akan menjadi negara neutral karbon seawal-awalnya pada 2050.

Katanya, bagi menyokong usaha ini, instrumen ekonomi seperti ‘carbon pricing’ dan cukai karbon akan diperkenalkan. FMT

Najib cadang cukai karbon disalurkan ke dalam tabung bencana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker