Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive

Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive

Pengasas Dolive pernah tinggal dalam kontena, rumah kongsi. Bangkit dan kini bergelar jutawan sabun

Pengalaman adalah guru paling berharga. Setiap detik yang dilalui dikutip dan disimpan sebagai pemangkin untuk terus berusaha mengubah kehidupan. Pengasas produk sabun pencuci Dolive, Nurul Hassrah Mohd Khori, 30, mengimbau kembali detik permulaan menceburi bidang pemasaran dan perniagaan sedari bangku sekolah.

Tidak mahu bergantung harap kepada keluarga, semuanya dilakukan atas inisiatif sendiri. Malah beri apa sahaja kerja, dia lakukan atas niat ingin belajar, termasuk sewaktu menjadi kelindan lori untuk membantu suami, Mohd Hafiz Arbaee, 34.

“Saya dan suami berkahwin muda dan banyak saat suka duka dilalui bersama. Malah sewaktu mula berkahwin, suami bekerja sebagai pemandu lori dan saya menjadi kelindan lori.

“Kami bermula seawall 4.30 pagi dan hanya tamat kerja pada 1.30 pagi setiap hari. Bila imbau kembali, memang saya rasa sebak dan akan menangis. Bayangkan untuk membayar sewa rumah pun kami tak mampu.

“Pada waktu itu kami pernah tinggal dalam kontena belakang rel kereta api dan pernah juga tinggal dalam rumah kongsi kerana mahu jimatkan gaji bulanan,” katanya sebak.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Malah jelas ibu kepada empat cahaya mata ini, sebelum memulakan perniagaan sendiri, dia dan suaminya menjadi pengedar utama kepada produk pencuci pakaian dengan sebuah syarikat. Dan daripada situ, dia mengumpul pengalaman dan mengutip ilmu untuk meluaskan empayarnya sendiri.

“Sebelum ini kami hanya berniaga dengan menggunakan kereta kancil dan akan memuatkan 50 botol pencuci pakaian untuk dijual,” tambahnya lagi.

Dolive merupakan produk eksklusif sabun pencuci pakaian yang berkonsepkan empat dalam satu yang bertindak sebagai pencuci, pewangi, pelembut dan antibakteria, telah mendapat sijil halal JAKIM.

Telah beroperasi selama tiga tahun dan sehingga kini telah Berjaya membentuk rangkaian pengedar di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Malah, pada saat banyak syarikat gulung tikar dengan situasi genting yang melanda, hasil jualan Dolive meningkat hampir 50 peratus.

“Syarikat Fresh Expert Sdn Bhd ditubuhkan pada 2018 di sebuah rumah kedai yang dijadikan bengkel pemprosesan cecair pencuci pakaian di utara tanah air. Kami namakan Dolive (do-live) dengan motto, Dolive – Change Your Life.

“Sebanyak 100,000 botol Dolive berjaya diedarkan sebulan. Malah Dolive turut mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menyasarkan sejuta botol sebulan pada masa hadapan,” katanya yang menyasarkan jualan RM8 juta pada tahun ini. Utv

Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker