Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Sebaran :

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Najib Razak akan meminta peguamnya memfailkan saman fitnah serta memohon kepada mahkamah untuk mengambil tindakan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya Wan Saiful Wan Jan kerana menghina mahkamah.

Bekas perdana menteri itu memetik dakwaan Muhyiddin bahawa beliau terpaksa melepaskan jawatan perdana menteri kerana ada yang rakus kuasa mahukan jawatannya.

“Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah begitu teruk sekali kepada BN pada PRK Tanjung Piai dan mula minta nyawa pada kami.

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan Parlimen selama 7 bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan Ordinan Darurat dibentang sehingga terpaksa menipu Yang di-Pertuan Agong?

“Itu bukan rakus kuasa ke?,” soal Ahli Parlimen Pekan itu dalam hantaran di Facebooknya.

Najib berkata, Muhyiddin mendakwa jalan paling mudah untuk beliau kekalkan kuasa ialah dia bersuhabat dengan “kleptokrat” tetapi beliau tidak akan buat begitu.

“Tapi dia lupa bahawa “kleptokrat” juga yang dia minta nyawa dan naikkan dia jadi PM pada tahun lalu.

“Dia kata dia dipecat sebagai TPM oleh saya sebab 1MDB. Tidak dia dipecat sebagai TPM sebab dia berkomplot dengan Mahathir dan Mukhriz sejak tahun 2014 untuk tumbangkan saya sebagai presiden Umno dan PM – jauh sebelum isu 1MDB,” kata Najib lagi.

Najib berkata, beliau bukanlah seorang yang suka melemparkan tuduhan tidak berasas dan bermain propaganda sebaliknya dibuat berdasar bukti, kebenaran, data dan sains.

Katanya, Muhyiddin dan Wan Saiful juga tidak berani membuat laporan polis atas dakwaan disuruh mengganggu kes utama.

“Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada.

“Sampai sekarang dia (Muhyiddin) tak nak mengaku bahawa sebab utama dia perlu undur ialah rekod dia amat teruk sekali. Kegagalan ‘world-class’,” katanya.

Terdahulu Wan Saiful Wan Jan dalam Facebooknya mendakwa bahawa antara kes yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dalam kenyataan berhubung campur tangan dalam urusan mahkamah adalah membabitkan Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Wan Saiful dalam kenyataan dipetik berkata, ada yang mengatakan Zahid pernah meminta Muhyiddin menggugurkan kes-kes beliau manakala Najib pula pernah meminta Muhyiddin menukar hakim dalam proses rayuan. FMT

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM


Sebaran :

Leave a Reply