Hishammuddin persoal gambar pemimpin UMNO ‘dihilangkan’ semasa konvensyen kerajaan di Dewan Merdeka

Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) minggu lalu sebagai janggalBekas Naib Presiden UMNO itu berkata, satu penjelasan kepada akar umbi parti mengenai hubungan yang wujud dalam kerajaan yang turut disertai UMNO perlu diberikan agar mereka memahami situasi sebenar.

“Saya faham konvensyen itu diperlukan kerana beberapa gabungan parti mesti disatukan untuk kestabilan politik negara dan kerajaan.

“Tetapi saya lihat sendiri ada beberapa perkara yang agak janggal apabila ia diadakan di Dewan Merdeka, iaitu rumah UMNO sendiri. Apabila gambar-gambar bekas pemimpin kita (UMNO) yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti ‘dihilangkan’ dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, saya rasa ia tidak kena.

“Penjelasan kepada akar umbi berhubung kait dengan hubungan yang wujud sekarang perlu dijelaskan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, perhimpunan di Dewan Merdeka WTCKL pada 14 Mei lalu mencipta sejarah politik tanah air apabila parti keramat orang Melayu itu mengumumkan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) pada 24 November 2022.

Gabungan itu menyaksikan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di samping dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu).

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat turut menyokong kenyataan Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi komen yang ditinggalkan pada video berkenaan.

“Good statement (kenyataan yang baik),” tulisnya ringkas di ruangan komen.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker