Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?

Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?

In Sya Allah, paling lewat hari Khamis, 19 Ogos 2021, Istana Negara akan memaklumkan seluruh negara siapakah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9.

Arahan dari Istana Negara mengkehendaki semua Ahli Parlimen supaya menghantar surat sokongan calon Perdana Menteri ke 9 sebelum pukul 4.00 petang kepada Setiausaha Sulit Kanan, SPB YDP Agong, Kol(B) Nazim bin Mohd Alim pada hari ini, 18 Ogos 2021.

Kita tidak mahu mendahului Istana Negara dengan membuat jangkaan siapakah yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri ke 9.

Kita serahkan sepenuhnya atas kebijaksanaan SPB YDP Agung untuk membuat keputusan.

Apa yang kita mahu bincangkan di sini, siapa sahaja yang bakal dilantik untuk menjadi Perdana Menteri ke 9, bakal menghadapi tugas dan tanggungjawab yang cukup besar, dan apakah beliau mampu melaksanakannya dengan baik, atau kemelut politik akan sekali lagi berlaku dan menjadi ‘non end story’ kepada rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sudah bosan dengan kerenah ahli politik yang sudah berlarutan sehingga hampir 2 tahun sejak Langkah Sheraton dilakukan.

Cantas mencantas, lompat melompat, ugut mengugut dan menyalahgunakan badan penguatkuasa dan apa sahaja sanggup dilakukan semata-mata untuk kepentingan politik peribadi, sedangkan nasib rakyat dibiarkan begitu sahaja.

Tidak dapat dinafikan lagi, selama 18 bulan regim Mahiaddin menjadi kerajaan, mereka telah mencatatkan sejarah bukan sahaja sebagai regim yang paling singkat memerintah tetapi sebagai regim yang paling gagal dalam sejarah Malaysia.

Hutang negara yang sudah melebihi RM1 trilion, kehancuran ekonomi sehingga menyebabkan kadar pengangguran sudah mencecah ke angka 1 juta orang, kejatuhan pasaran saham dan nilai matawang Ringgit ke paras yang paling buruk, angka kes Covid-19 yang sudah melebihi 1.2 juta dengan kadar jangkitan kes baharu secara konsisten berada di paras 5 digit serta jumlah kematian rakyat Malaysia akibat Covid-19 yang sedah melebihi 12,000 orang adalah antara sebahagian kegagalan regim Mahiaddin.

Mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak, pernah memberitahu, dengan keadaan ekonomi negara yang sudah parah, sekiranya perancangan yang baik dilakukan, negara memerlukan masa sekurang-kurangnya 30 hingga 40 tahun untuk memulihkan semula ekonomi negara, sekiranya tiada masalah luar jangka berlaku.

Tetapi dalam keadaan sekarang, negara bukan sahaja menghadapi masalah ekonomi yang cukup parah, tetapi negara juga menghadapi masalah pandemik Covid-19 dan Malaysia berada di tangga ke 19 negara dunia yang mempunyai kadar jangkitan tertinggi, sekiranya jumlah penduduk tidak diambil kira.

Strategi yang tepat serta usaha bersepadu yang bersungguh-sungguh diperlukan dari pentadbiran baharu untuk menyelesaikan masalah Covid-19 di negara ini.

Selain itu, pentadbiran baharu juga berhadapan dengan masalah ekonomi yang parah serta hutang negara yang telah melebihi angka RM1 trilion.

Sekiranya ekonomi negara tidak dapat dijanakan segera, ia akan meningkatkan lagi kadar pengangguran di Malaysia dan ini akan mendedahkan negara kepada kenaikan kadar jenayah domestik.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Dengan keadaan hampir keseluruhan perusahaan IKS negara hampir lumpuh kerana terkesan dari dasar Perintah Kawalan Pergerakan yang terlalu lama di era regim Mahiaddin, Perdana Menteri ke 9 juga berhadapan cabaran untuk menghidupkannya semula dengan segera, kerana perusahaan IKS memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan negara di samping akan membuka peluang perkerjaan kepada rakyat Malaysia yang telah kehilangan perkerjaan.

Membendung kadar jangkitan Covid-19 juga pasti akan memberikan cabaran yang cukup besar kepada Perdana Menteri ke 9, kerana dengan kehadiran varian-varian baharu Covid-19, seperti varian Delta dan varian Lambda, yang dilaporkan lebih agresif dan merbahaya dari varian sebelumnya, memerlukan perhatian yang serius.

Lebih memburukkan keadaan ialah keadaan barisan hadapan kita yang semakin letih setelah berjuang lebih dari setahun serta masalah status doktor kontrak yang masih gagal diselesaikan di era regim Mahiaddin dan telah menyebabkan 400 orang doktor kontrak mengambil keputsan untuk menamatkan kontrak mereka dengan kerajaan.

Cabaran terbesar yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri ke 9 ialah harapan rakyat yang terlalu tinggi terhadap kejayaan pentadbiran beliau.

Beliau akan berhadapan dengan keadaan ‘do’ or ‘die’.

Sekiranya beliau berjaya, beliau akan diangkat sebagai hero yang menyelamatkan Malaysia tetapi sekiranya beliau gagal, rakyat Malaysia akan menunjukkan pintu keluar dari dunia politik buat selama-lamanya.

Mampukah beliau? ES

Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker