Langkah Royale Chulan Berjaya, Ismail Sabri dijangka capai majoriti PM ke-9

Langkah Royale Chulan Berjaya, Ismail Sabri dijangka capai majoriti PM ke-9. UMNO dijangka mengulangi Langkah Perak apabila kembali mengetuai Putrajaya selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini sebulat suara menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Perkara itu disahkan oleh dua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Azalina Othman Said kepada media yang berkampung di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur pada Selasa.

Semua ahli Parlimen dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan berhubung calon Perdana Menteri, untuk diserahkan kepada Istana Negara esok.

Sekiranya, percaturan Langkah Royale Chulan pada Ahad turut berhasil, Naib Presiden UMNO itu dijangka memperoleh 115 sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO/Barisan Nasional, Bersatu, Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

BN mempunyai 42 ahli Parlimen, Bersatu (31) dan Pas serta GPS masing-masing 18.

Turut menyokong pakatan tersebut sebelum ini termasuklah Parti Bersatu Rakyat Sabah (1), Parti Bersatu Sabah (1), STAR (2) dan empat ahli Parlimen Bebas.

Dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO dan pemimpin Bersatu di Hotel Royale Chulan pada Ahad, nama Ismail Sabri dicadangkan sebagai Perdana Menteri manakala Timbalan Perdana Menteri akan diberikan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Seorang ahli MKT UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, dalam hantaran di Facebook sebentar tadi turut memaklumkan, dengan sokongan semua ahli Parlimen UMNO/BN itu, Ismail Sabri dijangka akan memiliki sokongan 115 ahli parlimen.

Selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 pada Isnin, kebanyakan parti masih menemui jalan buntu berikutan tiada pemimpin yang memiliki majoriti mudah 111 sokongan.

Ini kerana Muhyiddin mempunyai 100 sokongan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 89 sokongan, Datuk Seri Zahidi Hamidi 15 sokongan dan Tun Dr Mahathir Mohamad 16 sokongan.

Jalan buntu tersebut menyebabkan timbul pelbagai spekulasi tentang kemungkinan akan diwujudkan kerajaan perpaduan, perdana menteri interim dan jajaran baharu UMNO dan PKR.

Ciapan twitter Ahmad Maslan yang mengesahkan UMNO/BN hanya akan menghantar satu nama sebagai calon PM ke-9.
Ciapan twitter Ahmad Maslan yang mengesahkan UMNO/BN hanya akan menghantar satu nama sebagai calon PM ke-9.

Bagaimanapun, apabila Ahmad Zahid malam semalam memaklumkan beliau tidak pernah terlintas untuk menjadi PM ke-9, tiga nama calon UMNO mula disebut-sebut dengan kelebihan dikatakan lebih memihak kepada Ismail Sabri.

Ini kerana Ismail Sabri adalah pemimpin senior UMNO dengan jawatan Naib Presiden dan sebelum ini mendapat sokongan kuat pemimpin daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada BN akan menggunakan nama kerajaan BN atau mengekalkan nama gabungan kerajaan PN jika menduduki Putrajaya kelak.

Sekiranya, UMNO/BN berjaya membuktikan Ismail Sabri mempunyai majoriti mudah sebanyak 115 sokongan itu, BN akan kembali menduduki jawatan pentadbiran nombor satu negara selepas tumbang pada Mei 2018.

Bagaimanapun, setakat ini, segala keputusan masih terletak di atas kebijaksaan Yang di-Pertuan Agong, selepas Seri Paduka Baginda petang tadi kepada ketua-ketua parti tetang perlunya satu politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk seluruh rakyat Malaysia.

Krisis politik di peringkat Pusat mengulangi kemelut politik yang melanda kerajaan negeri Perak apabila Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang majoriti dalam usul di Dewan Undangan Negeri Perak.

Selepas beberapa hari tiada parti yang gagal mencapai majoriti mudah di DUN Perak, akhirnya Bersatu dan Pas kembali memberi sokongan UMNO, sekali gus menyaksikan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Shaarani Mohamad dilantik sebagai Menteri Besar yang ke-14.

Langkah Royale Chulan Berjaya, Ismail Sabri dijangka capai majoriti PM ke-9


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini

Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker