Emma Maembong belanja gambar hamil

Emma Maembong belanja gambar hamil

Perkongsian pelakon jelita Emma Maembong menerusi beberapa keping foto terbaharu memperlihatkan perutnya yang semakin membesar mencuri perhatian netizen apabila ada mula meneka jantina bayi yang dikandungkan.

Berdasarkan bentuk perut pelakon berusia 30 tahun itu, rata-rata peminatnya meneka Emma bakal menimang bayi perempuan.

Salah seorang pengguna Instagram berkata, melihat pada keadaan bentuk perutnya yang kelihatan bulat, besar kemungkinan Emma bakal menyambut kelahiran bayi perempuan ketika bersalin nanti.

“Macam bayi perempuan kalau tengok perutnya yang bulat,” kata seorang netizen.

“Tengok pada bentuk perut nampak macam bakal sambut bayi perempuan,” kata seorang lagi peminatnya.

“Sah bayi perempuan,” kata seorang pengguna Instagram.

Malah, ada juga netizen meneka Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail itu sedang hamil bayi kembar kerana perutnya kelihatan sangat besar.

“Nampak besarnya perut. Bayi kembar ke?” soal seorang pengikutnya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu hamil anak kedua, namun empunya badan tidak mengiyakan atau menidakkan khabar angin tersebut.

Bagaimanapun, pada 15 Februari lalu Emma akhirnya mendedahkan dirinya kini sedang berbadan dua selepas beberapa bulan mengunci mulut.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga bersama Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Shariq Gabriel yang kini berusia tiga tahun. K Online

Emma Maembong belanja gambar hamil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker