Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

Media sosial kecoh apabila rata-rata penonton yang pergi ke Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam, tidak berpuas hati dengan suasana konsert tersebut.

Artikel Berkaitan: Pentas Jauh & ‘Sound System’ Tak Jelas, Ramai Kecewa Pergi Konsert Billie Ellish – ‘Rasa Macam Kena Scam’

Ingat konsert dua hari

Lain pula cerita penyampai radio, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad. Menerusi video di TikTok @era.je, Nabil terduduk selepas menyedari dia sudah terlepas konsert penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia muzik elektropop.

Sudah membeli lima keping tiket yang setiap satunya berharga RM508, pelakon berumur 38 tahun itu sepatutnya membawa isteri dan tiga anak perempuannya menonton.

Menyedari tersilap tarikh, pemilik nama Haji Ahmad Nabil Ahmad terus menghubungi isterinya, Nazirah Ayub dan memaklumkan kekhilafan yang tidak disengaja itu.

Yang (panggilan isteri)! Billie Eilish tu semalam saja, mana ada hari ini. Awak tengok dekat tiket tu, 18 haribulan.

Lailahaillallah.. Memang Allah tak izin, senang cerita.

Allah lindung Nabil dan keluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Allah melindungi pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie daripada hadir ke tempat hiburan.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang berasa rugi kerana Nabil sudah menghabiskan duit sebanyak RM2,540.

Sumber: TikTok @era.je

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker