Bunyi tembakan dalam PKR?

Bunyi tembakan dalam PKR?

Selepas berulang kali gagal menjadi Perdana Menteri, suara-suara tidak berpuas hati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mula kedengaran dalam PKR.

Antaranya, mereka mahu Anwar berhenti memimpin barisan pembangkang, termasuk berhenti menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat.



Nanyang Siang Pau melaporkan, “tembakan” pertama telah dibunyikan seorang pemimpin PKR peringkat negeri di Pulau Pinang yang meluahkan perasaannya secara dalaman melalui aplikasi sembang berkumpulan.

Pemimpin itu berpendapat Anwar telah mengecewakan orang ramai dan rakan politik lain, malahan gagal menyatukan PKR secara dalaman sehingga menyebabkan ramai Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket PKR telah melompat parti.

Suara “tembakan pertama” dari Pulau Pinang dilaporkan berasal daripada seorang pemimpin yang sebelum ini merupakan orang “kem Azmin” , jadi motifnya mengkritik Anwar telah dipertikaikan.

Bagaimanapun, terdapat juga suara dalam PKR yang mahu Anwar memberi laluan kepada pemimpin lain untuk meneraju barisan pembangkang.



Antara nama-nama yang disebutkan untuk ganti Anwar termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad (Pengerusi Pejuang), Lim Kit Siang (Pemimpin veteran DAP) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Presiden Warisan).

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy dalam satu kenyataan berkata, Anwar tidak harus dipersalahkan selepas beliau gagal menjadi PM.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) perlu mengenal pasti kelemahan yang dan menyelesaikan isu kepimpinan masa depan. MG

Bunyi tembakan dalam PKR?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker