Nuri bak kuda mengamuk

Nuri bak kuda mengamuk
KEADAAN Nuri yang terhempas hampir meragut nyawa Sen An. FOTO Ihsan Tien Sen An

Nuri bak kuda mengamuk

Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten (B) Tien Sen An, 61, pernah melalui tragedi yang nyaris meragut nyawanya apabila helikopter Nuri dikendalikannya terhempas di Serom 5, Bukit Gambir, Johor pada 16 Januari 1991.

Ketika kejadian, selain beliau, helikopter dalam penerbangan dari Kem Sungai Besi di sini ke Singapura itu turut membawa pembantu juruterbang, Kapten Saadan Basiron, Sarjan Gobi Raja dan sembilan pegawai serta anggota TUDM.

Namun, hanya Sen An dan Gobi Raja yang terselamat dan kedua-duanya mengalami kecederaan.



Bagaimanapun, insiden ini tidak menggoyahkannya sebaliknya jiwanya semakin kental untuk ‘menerbangkan singa udara’ itu.

Sen An berkata, rentetan peristiwa itu, dia diberi cuti sakit enam bulan akibat cedera di tulang belakang, malah katanya, kesannya masih dirasai hingga kini.

Nuri bak kuda mengamuk
SEN An berkhidmat selama 15 tahun sebagai juruterbang Nuri TUDM. FOTO Ihsan Tien Sen An

Menurut beliau, punca kejadian ialah sebilah kipas utama helikopter patah menyebabkannya hilang keseimbangan sebelum terhempas.

“Keadaan helikopter sebelum terhempas sangat teruk, ia boleh diibaratkan seperti ‘kuda mengamuk.’ Ini kerana kipas utama Nuri berputar 203 kali seminit.

“Tragedi itu memang tidak mungkin saya lupakan, saya bersyukur dipanjangkan usia hingga hari ini,” katanya yang bersara pada November 1995.



Katanya, pengalaman lain yang sukar dilupakan ialah terbabit dalam operasi besar-besaran membantu tentera darat mengesan dan menghapuskan pengganas komunis diketuai Chong Chor di kawasan hutan di Pahang pada 1987.

Nuri bak kuda mengamuk
SEN An ketika menerbangkan helikopter Nuri. FOTO Ihsan Tien Sen An

“Operasi dijalankan susulan serangan tiga hari berturut-turut oleh pengganas komunis terhadap pasukan tentera yang membuat rondaan di hutan berkenaan.

“Sepanjang dua minggu, saya ditugaskan menghantar anggota tentera ke lokasi terbabit.

“Bukan itu saja, malah saya dan kru Nuri menghantar bekalan peluru meriam di lokasi ditetapkan untuk pasukan artileri,” katanya.

Menurut Sen An, beliau ditugaskan mengeluarkan pasukan komando diketuai Kapten Ali Amir dan sebahagian anggotanya bersama satu mayat pengganas komunis.



Nuri bak kuda mengamuk
SEN An (kanan) bersama rakan sepasukan. FOTO Ihsan Tien Sen An

“Sebelum terbang ke lokasi anggota komando, saya beri arahan supaya mayat dikeluarkan dengan cara underslung kerana titik pendaratan helikopter terlalu curam, sukar mendarat dengan selamat serta berisiko tergelincir.

“Faktor kedua, mayat reput, berbau busuk dan sukar dibawa ke dalam Nuri. Saya terbangkan mereka ke landasan pesawat di Bentong, Pahang yang terletak berhampiran kem tentera,” katanya.

Selain itu, katanya, dia bangga kerana terpilih menyertai pasukan TUDM membawa lapan Nuri di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mei 1993 ke Kemboja.

Kata beliau, ia julung kalinya Malaysia menghantar aset udara ke luar negara untuk tugas United Nation Transition Authority of Cambodia (UNTAC) di bawah PBB.

Nuri bak kuda mengamuk
SEN An (kanan) bersama barisan juruterbang TUDM. FOTO Ihsan Tien Sen An

“Tugasan diberi kepada Nuri antaranya ialah menghantar barangan keperluan, anti penculikan, mencari dan menyelamat (SAR) selain membawa kotak undi sempena pilihan raya Kemboja.



“Ini pilihan raya pertama di dunia dianjurkan PBB di negara bergolak.

“Banyak kali Nuri cuba ditembak pihak tertentu, tetapi pengalaman juruterbang terlatih berjaya mengelak ia menjadi sasaran,” katanya.

Menyentuh kemerdekaan Malaysia ke-64, Sen An berkata, generasi muda perlu menghargai erti kemerdekaan negara kerana bukan mudah mencapai impian itu.

Kata beliau, semua nikmat ini hasil perjuangan anggota tentera, pasukan keselamatan dan pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan.



Nuri bak kuda mengamuk
MENERIMA pingat daripada Yang di-Pertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. FOTO Ihsan Tien Sen An

“Mereka perlu memahami sejarah negara untuk membentuk semangat patriotik.

“Ramai mempertikaikan peranan tentera dengan mengatakan pasukan ini hanya ‘makan dan tidur.’

“Masyarakat perlu tahu ketika negara aman, tentera dilatih sepanjang masa sebagai persediaan jika keselamatan negara diancam.

“Bukan baru hendak berlatih ketika keselamatan negara sudah terancam” katanya.



Untuk rekod, Sen An pernah menerbangkan helikopter Bell 47G ketika menjalani latihan di Pulatibang ll TUDM Kluang, Johor, Allouette lll (latihan lanjutan) dan Nuri (semasa kursus Operation Conversion).

Nuri bak kuda mengamuk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT berpesan jangan berebut jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker