PRK Pelangai, saingan 3 penjuru

PRK Pelangai, saingan 3 penjuru

PRK DUN Pelangai di Pahang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon bebas.

Ahli Jawatankuasa Umno Bentong Amizar Abu Adam, 50, akan mewakili BN dan Naib Yang Dipertua PAS Bentong Kasim Samat, 62, mewakili PN.



Manakala, Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli, 36, bertanding sebagai calon bebas.

Nama semua calon yang layak bertanding itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya DUN Pelangai, Mohammad Shahid Ismail selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Terdahulu, Shahid mengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima tiga borang pencalonan dari calon berkenaan dan tiada yang ditolak.

SPR sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Oktober manakala 7 Oktober sebagai hari pengundian.



Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 6 Oktober depan.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim, calon Pakatan Harapan Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad. FMT

PRK Pelangai, saingan 3 penjuru



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker