Ismail lulus peruntukan RM78 juta baiki infrastuktur kawasan bencana

Ismail lulus peruntukan RM78 juta baiki infrastuktur kawasan bencana

YAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan peruntukan sebanyak RM78 untuk membaik pulih dan menaik taraf infrastuktur di daerah ini dan Kuala Muda yang terjejas dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu.

Beliau berkata, antara kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf yang diberi perhatian ialah jalan raya, jambatan, bekalan air dan rumah penduduk yang rosak dalam tragedi itu.



“Peruntukan tersebut disegerakan untuk kebajikan penduduk dua daerah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan bencana di Titi Hayun di sini hari ini. Utusan

Ismail Sabri yang tiba jam 12.15 tengah hari tadi, diiringi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor.

Sejurus tiba, Ismai Sabri meninjau Jambatan Tupah yang rosak akibat dihentam balak hanyut Rabu lalu, dan diberi penerangan berkaitan bencana kepala air di kawasan Kuala Muda.



Beliau kemudian meluangkan masa menziarah beberapa penduduk Taman Lembah Merbok yang terjejas akibat bencana itu dan memberikan sumbangan.

Perdana Menteri kemudian meninjau Loji Rawatan Air (LRA) Tupah dan dijadual ke kawasan bencana di Yan.

Ini lawatan rasmi beliau yang pertama selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kelmarin.

Ismail lulus peruntukan RM78 juta baiki infrastuktur kawasan bencana




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nora Danish dihentam netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker