Resepi Rendang Daging Batang Pinang Pedas

Resepi Rendang Daging Batang Pinang Pedas

Resepi kali ini merupakan resepi rendang yang biasanya dihidangkan dihari raya.

Masakan rendang adalah masakan yang amat mudah untuk disediakan.Terutama zaman ini dimana bahan-bahannya mudah ditemui.



Rendang yang akan dikongsi kali ini amat sesuai bagi peminat masakan pedas, kerana ia menggunakan cili api dan cili kisar jenis pedas. Manakala bahagian daging yang digunakan dalam rendang ini ialah batang pinang kerana ia lebih sedap dan lembut.

Bagi anda yang mencari-cari resepi rendang yang sedap dan mudah apa kata anda cuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

1kg daging batang pinang
3 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 genggam cili api (pilihan)
1 paket kerisik
Garam
Serbuk kunyit
Daun kunyit
Cili kisar
Santan 300-500g
Asam keping 1 keping



Kaedah

Potong kiub daging batang pinang, ketepikan.
Kisar halia, lengkuas, dua batang serai ,bawang merah ,bawang putih dan cili api sehingga hancur.

Masukkan semua bahan kisar didalam kuali.

Tambah serai yang dan sedikit air dan serbuk kunyit.



Buka api dan masukkan daging yang telah dipotong kiub.

Biarkan ia merenih sebentar.

Masukkan santan dan asam keping.

Kacau sekali sekala dan tambahkan garam dan serbuk perasa, masukkan kerisik.



Apabila rendang telah pekat masukkan hirisan daun kunyit.

Tutup api apabila rendang telah mulai keluar minyak.
Siap!

Resepi ini amat sesuai dihidangkan bersama ketupat atau lemang. Malah ia juga sesuai untuk dimakan bersama nasi lemak. Buat kuahnya sedikit cair agar sesuai dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih. Selamat mencuba!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.



Resepi Rendang Daging Batang Pinang Pedas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi kerutuk kambing tanpa santan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker