30,000 bangkrap tahun ini jika kerajaan tidak campur tangan tahan kenaikkan OPR

PETALING JAYA: Jumlah individu bankrap boleh mencecah lebih 30,000 kes tahun ini kerana semakin ramai peminjam tidak mampu membayar ansuran bulanan jika Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sehingga 3.25 peratus bulan ini.

Jumlah itu berdasarkan kepada jangkaan pertambahan sebanyak 10,000 lagi kes individu muflis pada tahun ini selepas 20,258 kes dicatatkan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 antara 2020 hingga November 2022.

Peningkatan kes bankrap boleh berlaku jika 1,000 rak­yat muflis setiap bulan se­perti yang berlaku pada 2018 dan 2019 ketika kadar OPR dinaikkan kepada 3.00 dan 3.25 peratus.

Langkah itu menyaksikan lebih 1,000 kes bankrap dicatatkan hampir setiap bulan, menjadikan sebanyak 16,482 kes pada 2018 dan 12,051 kes pada 2019 seperti dilaporkan Jabatan Insolvensi.

Situasi ketika ini diburukkan lagi dengan harga barang naik 10 peratus berdasarkan unjuran kadar inflasi yang diramal mencecah enam hingga tujuh peratus tahun ini.

Ia dijangka menyumbang kepada peningkatan kes bankrap dalam kalangan belia setelah individu berusia 35 hingga 44 tahun mencatatkan kes bankrap tertinggi sejak 2018 dengan 18,296 kes (37.50 peratus) diikuti kategori umur 45 hingga 54 tahun dengan 12,656 kes (25.94 peratus) dan kategori umur 25 hingga 34 tahun de­ngan 10,262 kes (21.03 peratus).

BERJANJI

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang berjanji melaksanakan inisiatif baharu dan intervensi dalam usaha membantu golongan belia berdepan masalah muflis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif menjangkakan peningkatan kes bankrap tahun ini diburukkan lagi dengan kelemahan pihak bank menguruskan hutang peminjam.

Menurut beliau, terdapat institusi perbankan yang bertindak agresif terhadap peminjamnya dengan tidak memberi budi bicara.

“Kerajaan perlu meningkatkan kerjasama dengan pihak bank supaya hutang boleh di­selesaikan dengan cara lebih baik kerana mereka perlu jangka bahawa jumlah peminjam mening­kat pada masa akan datang.

“Ini tidak, ada yang bertindak melelong harta peminjam dan menjualnya dengan harga rendah begitu sahaja. Hampir setiap hari ada kes begini. Ini satu perkara yang amat serius kerana ramai sudah terseksa dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi.

BANKRAP

Oleh itu, beliau meminta kerajaan campur tangan dalam isu bankrap yang akan membelenggu lebih ramai rakyat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kita minta tolong Perdana Menteri memainkan peranan beliau supaya berbincang de­ngan institusi perbankan me­lalui suatu kerjasama. Kalau bankrap, bank bukan dapat apa-apa. Lebih baik kalau pe­minjam bayar dalam 30 hingga 50 peratus daripada bankrap terus. Bankrap tak selesaikan apa-apa,” katanya.

Sebanyak 48,791 kes bankrap dicatatkan sejak 2018 dengan sebahagian besarnya meliputi kes pinjaman peribadi (20,603 kes) diikuti sewa beli kende­raan (7,046 kes), pinjaman perniagaan (6,839 kes), pinjaman perumahan (4,629 kes), hutang kad kredit (3,927 kes) dan keberhutangan lain (2,584 kes).

Sejak 2021, kebanyakan kes bankrap melibatkan hutang antara RM100,000 hingga RM499,999 (63.16 peratus) diikuti RM50,000 hingga RM99,999 (22.62 peratus).

Dalam pada itu, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat, jika kadar OPR dinaikkan lagi bulan ini, bayaran pinjaman boleh terus meningkat berdasarkan kadar tahun lalu.

Menurut beliau, ia akan menyebabkan lebih ramai yang tidak dapat menanggung komitmen masing-masing sehingga akhirnya berdepan risiko bankrap.

“Kadar OPR akan memberikan kesan besar terutama kepada pinjaman kadar berubah dan pinjaman jangka panjang seperti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi bernilai lebih RM100,000.

“Seperti tahun lalu, kenaikan kadar OPR dibuat empat kali menyebabkan kenaikan kadar bayaran kira-kira RM300. Ditambah dengan komitmen lain, jika sampai satu tahap peminjam tidak mampu, maka pemberi pinjaman boleh ambil tindakan memfailkan tuntutan terhadap peminjam, jadi memang ada risiko peningkatan kes bankrap tahun ini,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker