Pesawat Israel : Kaukus Dewan Negara minta penjelasan kerajaan

Pesawat Israel : Kaukus Dewan Negara minta penjelasan kerajaan

KAUKUS Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara memohon penjelasan daripada kerajaan berhubung sebuah pesawat Boeing milik Israel yang dikesan merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di pangkalan tentera udara negara jiran.

Persoalannya kata Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris, adakah pesawat mengikut laporan Jurnal Defense Security Asia, jenis Boeing 737-400 bernombor 4X-A00 milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) iaitu sebuah syarikat kontraktor berpangkalan di Tel Aviv diberikan kebenaran terbang di ruang udara negara.

”Rakyat perlukan penjelasan segera apatah lagi pesawat ini dikatakan digunapakai sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik termasuk ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Razali, Kaukus itu memandang serius dalam soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini, terutama ancaman Israel yang menyasarkan Malaysia, sebagai negara yang lantang memperjuangkan rakyat Palestin dan menentang kezaliman zionisme tentera Israel.

”Apakah sudah ada cubaan provokasi termasuk keperluan mengancam negara kecil yang bertegas seperti Malaysia termasuk suara lantang oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan kezaliman dan penindasan rakyat Palestin yang tidak berperikemanusiaan,’’ katanya.

Sementara itu journal defencesecurityasia.com pada Isnin melaporkan, pesawat itu dikesan mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar di Singapura selepas menghabiskan masa sekurang-kurangnya empat jam mengelilingi pulau tersebut.

Menurut jurnal tersebut, apa yang menarik berkenaan pesawat itu adalah ia dipanggil sebagai pesawat “test-bed” atau pesawat uji kaji.

Pesawat itu telah digunakan untuk membangunkan pelbagai sistem termasuk “maritime patrol signal intelligence, image intelligence using synthetic aperture radar, Aircraft Early Warning dan Flight Guard serta sistem pertahanan peluru berpandu untuk pesawat komersial.
Utv

Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker