Penjenayah maut terjun tebing, polis cedera tertembak diri sendiri

Sebaran :

PETALING JAYA: Seorang penjenayah yang cuba melarikan diri daripada polis, maut selepas nekad terjun dari tebing setinggi kira-kira 6m di Taman Len Seng, Cheras semalam.

Dalam kejadian 10.45 malam itu, seorang anggota polis berpangkat Koperal berusia 30 tahun turut dilaporkan cedera tertembak lengan kanan sendiri akibat impak kemalangan membabitkan kereta suspek dan polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata pada mulanya, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras cuba menghampiri sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu suspek bersama kekasihnya di Cheras Sentral dalam keadaan mencurigakan.



Terkejut dengan kehadiran polis, katanya, penjenayah bertindak mengundur dan melanggar kereta polis sebanyak tiga kali, sebelum berjaya meloloskan diri.

Beliau berkata, polis terus mengejar kereta penjenayah sebelum berlaku kemalangan antara kereta polis dan suspek yang mengakibatkan seorang anggota cedera tertembak diri, manakala suspek keluar dari keretanya untuk melarikan diri, dengan terjun di tebing.

Varian Covid India dikesan di 53 wilayah di dunia, kata WHO

“Suspek warga tempatan berusia 30 tahun tersebut ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


“Semakan mendapati suspek memiliki 25 rekod lampau, termasuk tujuh membabitkan jenayah kekerasan seperti cubaan bunuh dan samun bersenjata, 10 kes pecah rumah dan lapan kes dadah,” katanya dipetik Kosmo.

Mokhsein berkata, hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah dan kereta yang dipandu suspek turut dilaporkan hilang di Kajang.

Katanya, polis turut menahan teman wanita suspek dan hasil soal siasat membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki, termasuk seorang warga Myanmar pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di sekitar kawasan sama.

Susulan itu, beliau percaya 15 kes pecah rumah dan kedai di Cheras serta Kajang berjaya diselesaikan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kalau Sudah Setahun Masih Belum Lulus ‘SRP’, Ini Beban Kepada Rakyat – Anwar

Penjenayah maut terjun tebing, polis cedera tertembak diri sendiri


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


LRT: Najib nasihatkan Tajuddin minta maaf

 


Sebaran :

Leave a Reply