Nora Danish dihentam netizen

“Allah Bagi Otak Untuk Fikir..” Bawa Anak-Anak Makan Malam, Nora Danish Dihentam Netizen

Kelonggaran yang diberikan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi ternyata telah membuatkan ramai teruja untuk melakukan aktiviti harian meskipun terpaksa mengikuti beberapa peraturan dan SOP.

Tidak ketinggalan menikmati kebenaran tersebut, pelakon Nora Danish dilihat turut membawa anak-anak serta suami tercinta untuk makan di luar bertempat di sebuah restoran di ibu kota.

Perkara tersebut dikongsikan Nora menerusi sebuah hantaran di Instagramnya untuk tatapan peminat tersayang.

Tulis Nora, makan malam itu diadakan sempena hari persekolahan yang bakal bermula, tidak lama lagi.

Menjengah ruangan komen, peminat tampil meninggalkan respon yang berbeza malah ada yang mempertikaikan tindakan pasangan itu keluar makan di restoran sambil membawa anak-anak yang masih kecil.

“Sana dah boleh dine-in bawa anak keluar ramai-ramai macam ni ke?” persoal seorang netizen.

Ternyata, persoalan netizen itu telah mendapat perhatian suami Nora, Nedim yang menjawab sambil menempelak kembali soalan tersebut.

Sekadar info, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama Nedim nazri pada tahun 2017 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim.

Nora juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu bersama Rizal Ahsram Ramli iaitu Putra Rayqal. Bn

Nora Danish dihentam netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker