Ismail tinjau kawasan bencana di Yan

Ismail tinjau kawasan bencana di Yan

Perdana Menteri tinjau kawasan bencana

MERBOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa hampir sejam meninjau tempat tragedi kepala air dan banjir lumpur, di Tupah, hari ini.



Ismail Sabri yang tiba jam 12.15 tengah hari tadi, diiringi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor.

Sejurus tiba, Ismai Sabri meninjau Jambatan Tupah yang rosak akibat dihentam balak hanyut Rabu lalu, dan diberi penerangan berkaitan bencana kepala air di kawasan Kuala Muda.

Beliau kemudian meluangkan masa menziarah beberapa penduduk Taman Lembah Merbok yang terjejas akibat bencana itu dan memberikan sumbangan.

Perdana Menteri kemudian meninjau Loji Rawatan Air (LRA) Tupah dan dijadual ke kawasan bencana di Yan.



Ini lawatan rasmi beliau yang pertama selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kelmarin. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Ismail tinjau kawasan bencana di Yan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nora Danish dihentam netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker