Kebenaran rentas negeri dibuat berhati-hati – Hishammuddin
Kebenaran rentas negeri dibuat berhati-hati – Hishammuddin
Keputusan kebenaran merentas negeri perlu dibuat secara berhati-hati dan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan ia benar-benar selamat untuk semua pihak.
Menteri Kanan Pertahanan, Datauk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap agar semua pihak akan dapat memikirkan kelonggaran berkenaan secara mendalam dan kerajaan juga menggunakan slogan #reopeningsafely bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik.
“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kita sedang berusaha ke arah fasa endemik… fasa itu tentunya merangkumi keputusan untuk merentas negeri.
“Sekarang ini pun ada aktiviti-aktiviti tertentu yang kita izinkan mereka merentas negeri. Contohnya projek rintis gelembong pelancongan Langkawi dan pasangan jarak jauh yang telah lengkap divaksinasi,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Hishammuddin berkata, risiko penularan Covid-19 juga perlu dipertimbangkan sekiranya diberikan kelonggaran untuk aktiviti merentas negeri secara besar-besaran.
Baca juga: AS sumbang 1 juta dos vaksin Pfizer kepada Malaysia
Menurutnya, keputusan perlu dibuat dengan berhati-hati dan keputusan akan dibuat selepas melihat fasa endemik yang dijangka hujung bulan hadapan.
“Masa tu baru kita akan dapat buat keputusan. Buat masa ini kita perlu melihat dengan lebih menyeluruh dari segi peratusan vaksinasi termasuk kemampuan negeri sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
“Kita tak mahu bila berlaku nanti, kita dituduh tak bersiap sedia. Semua yang terlibat ini mesti bertanggungjawab… bukan nak buka sahaja seronok-seronok tapi nak buka dengan selamat.
Baca juga: Arafat gigih edar makanan percuma buat rakyat Malaysia di Singapura
Menurutnya, akan ada sinar di hujung terowong, namun orang ramai diminta untuk memberikan masa kepada kerajaan dalam keputusan berkenaan.
“Kita bukan sahaja serius tapi juga bertanggungjawab untuk melakukannya dengan selamat ,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata mesyuarat kedua Menteri Kuartet COVID-19 hari ini bersetuju dengan cadangan supaya pemilik premis perniagaan stesen minyak, restoran, kedai makan dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa mulai 6 pagi hingga 12 malam kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Beliau berkata keputusan itu akan disyor untuk diputuskan kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok. E9
Kebenaran rentas negeri dibuat berhati-hati – Hishammuddin
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang dipajak dari Kedah – Sanusi ingatkan
- Perkenalkan program bank membiayai 70% pembelian saham untuk rakyat – Najib
- Adakah kamu sekat Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, Gobind cabar Azmin
- Adakah SPRM selamat, selepas 3 pegawai SPRM didakwa curi barang kes
- Terimalah kenyataan, kamu bukan satu-satunya parti India – Puad
- Kini Nama Popularku Bella
- Polis nafi ketua balai minta main golf percuma
- Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun [VIDEO]
- Wajarkah Keuntungan Pelaburan Saham Dicukai?
- Percutian ‘daring’ Nora tamat, buka semula ruangan komen IG
- Macam mana SPRM siasat SPRM, soal Gobind
Layari Laman Facebook MYKMU