Presiden Brazil Sanggup Makan Piza Di Tepi Jalan Hanya Kerana Vaksin

Sebaran :

Presiden Brazil Sanggup Makan Piza Di Tepi Jalan Hanya Kerana Vaksin

Sebut mengenai presiden negara yang menolak vaksin, pastinya nama Jair Bolsonaro selaku Presiden Brazil antara yang terawal berada dalam senarai. Kelantangan beliau menolak vaksin sejak dari tahun lalu sekaligus berjaya membuatkan beliau menjadi perhatian media.

Terbaharu, presiden yang pernah disahkan positif COVID-19 gara-gara menyertai demostrasi menghalang perintah lockdown pada tahun lalu dilaporkan terpaksa akur kepada arahan dengan menjamah makanan yang dipesan di luar premis perniagaan di New York gara-gara tidak mematuhi syarat untuk dine-in berikutan tidak divaksin.

Menerusi perkongsian Instagram Menteri Pelancongan Brazil, Gilson Machado Neto beliau tampil berkongsi detik bersejarah di New York bersempena dengan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-76 yang berlangsung pada minggu ini.

Difahamkan pertemuan pemimpin negara ini pada mulanya memerlukan kesemua mereka yang hadir perlu mendapatkan vaksin COVID-19, namun perkara ini ditentang Presiden UNGA, Abdulla Shahid yang berpendapat Perhimpunan Agung PBB (UNGA) turut berpeluang disertai pemimpin yang tidak divaksin.

Hal ini membolehkan Jair Bolsonaro berpeluang menyertai mesyuarat peringkat tertinggi agensi antarabangsa tersebut.

Meskipun menolak pengambilan vaksin, rakyat Brazil masih dibenarkan untuk mengambil vaksin di mana negara tersebut kini sudah merekodkan 38.2% populasi yang sudah menerima vaksin setakat hari ini.

Untuk pengetahuan, Jair Bolsonaro selaku presiden pernah memecat Menteri Kesihatan Brazil sekitar April lalu berikutan menjalankan lockdown selepas Brazil dilanda dengan wabak COVID-19 yang sangat teruk. Vc

Presiden Brazil Sanggup Makan Piza Di Tepi Jalan Hanya Kerana Vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa


Sebaran :

Leave a Reply