Pekerja Lebih Takut Membuang Air Besar Di Pejabat Daripada Fikir Pasal Covid-19 Atau Vaksin

Pekerja Lebih Takut Membuang Air Besar Di Pejabat Daripada Fikir Pasal Covid-19 Atau Vaksin

SATU kajian yang dilakukan di United Kingdom (UK) baru-baru ini mendedahkan 18 peratus pekerja bimbang untuk membuang air besar di pejabat sekiranya mereka diarahkan kembali bekerja di pejabat.

Kajian berkenaan dibuat oleh syarikat pemula kesihatan, The Gut Stuff terhadap 2,000 orang dewasa di seluruh UK

Lebih 53 peratus responden berkata, mereka lebih selesa membuang air besar di tempat lain berbanding pejabat dan 18 peratus lagi sanggup balik ke rumah untuk menggunakan tandas.

Isu tersebut dilihat menjadi satu kebimbangan bagi kebanyakan wanita dengan 67 peratus daripada responden mengatakan mereka tidak selesa menggunakan tandas di pejabat bagi tujuan membuang air besar.

Kajian baharu itu dilakukan susulan perbezaan pendapat oleh pakar tentang kebaikan dan keburukan sistem bekerja secara hibrid pada masa akan datang.

Satu laporan terbaharu mengatakan hampir separuh pekerja sanggup berhenti kerja sekiranya mereka perlu kembali ke pejabat lima hari seminggu.

Bagaimanapun, kajian yang dikeluarkan oleh The Gut Stuff itu menunjukkan para pekerja lebih bimbang tentang ‘kesihatan usus’ mereka berbanding masalah lain.

Menurut pakar kesihatan, ‘shy bowel syndrome’ atau ketakutan membuang air besar di tempat awam adalah satu fenomena biasa.

Ujar perunding gastroenterologi di Universiti Hospital Coventry dan Warwickshire, Dr Ben Disney, menyembunyikan kegelisahan berkenaan bagaimanapun akan menjejaskan kesihatan seseorang.

Menurutnya, ada antara mereka yang mungkin tidak makan atau minum cecair bagi mengelakkan penggunaan tandas ketika berada di pejabat atau luar rumah. — DailyMail

Pekerja Lebih Takut Membuang Air Besar Di Pejabat Daripada Fikir Pasal Covid-19 Atau Vaksin


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Baru Tahu! Kenapa Tak Percaya? – Nama Penuh Jenama Terkenal Dunia Yang Tak Pernah Dengar

Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker