Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]

Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]

KELUARGA seorang wanita yang terselamat dari nahas ngeri membabitkan kenderaan jenis Range Rover mengucapkan rasa syukur kerana mangsa berusia 26 tahun itu masih hidup.

Kejadian pada Isnin itu, dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu pemuda kelahiran Iraq, Rida Al Mousawi, 24, terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum terjunam di landasan kereta api di stesen Bawah Tanah Park Royal di barat laut London.

Difahamkan, hanya Zamarod Arif yang merupakan penumpang kereta tersebut terselamat dalam nahas berkenaan kerana memakai tali pinggang keledar manakala seorang lagi mangsa iaitu ibu berusia 33 tahun meninggal dunia akibat tercampak keluar dari kenderaan.

Pemandunya yang juga pengurus kedai barang kemas Hiba Jewellery di Edgware Road London pula masih dalam keadaan kritikal di hospital selepas kereta pacuan 4×4 bernilai £120,000 (RM638,229.20) yang baru dibeli itu terlibat dalam kemalangan dan terbakar.

Menurut sumber MailOnline, Rida baru sahaja membeli Range Rover yang mana kereta itu adalah versi paling istimewa, SVR.

“Dia seorang lelaki yang hebat dan kita semua mengenalinya kerana dia mempunyai kehidupan sosial yang aktif. Dia masih
bujang,” ujarnya.

Rakaman dashcam menunjukkan kereta 4×4 merempuh penghadang pada A40 jam 3.48 pagi dan ke dalam pengedar Tesla, menyebabkan kerosakan bernilai ribuan paun.

Turut cedera adalah seorang lelaki berusia 57 tahun yang dipercayai sedang mengecas keretanya di bahagian tengah semasa Range

Rover merempuhnya.

Dia bagaimanapun mengalami kecederaan ringan. – Daily Mail

Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker