Misteri kenapa AG belum dakwa Hakim Nazlan – Puad

Misteri kenapa AG belum dakwa Hakim Nazlan – Puad

Persoalan mengapa Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali belum didakwa oleh Peguam Negara masih lagi misteri, kata Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Ini kerana, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor menyatakan Mohd Nazlan ada kes untuk didakwa.

Lagi pelik, katanya, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mendakwa beliau belum terima kertas siasatan SPRM tersebut. Oleh itu, tegas Mohd Puad, SPRM patut jawab sama ada kertas yang bocor itu sahih dan sudah dihantar pada bulan Mei lagi.

SPRM perlu sah atau nafikan laporan kertas siasatan terhadap Nazlan Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan dikemuka kepada Peguam Negara ”Rakyat jadi pening bila surat menyurat antara dua agensi keadilan negara itu tidak efisien.

Lebih efisien order barang dari shoppe. Grab pun tidak pernah salah alamat untuk hantar makanan,” sindir beliau dalam hantaran di Facebook.

Jelasnya Mohd Puad lagi, rakyat perlukan keberanian SPRM untuk buat pengesahan atas dua isu itu agar Datuk Seri Najib Razak tidak berterussn menjadi mangsa konspirasi yang ditaja oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

”Ini bukan desak campur tangan mahkamah. Ini bukan suruh gugur kes macam Tun M buat. Isunya kenapa Nazlan tidak didakwa berdasarksn perakuan SPRM?,” soal beliau lagi. MG

Misteri kenapa AG belum dakwa Hakim Nazlan – Puad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker