‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga

‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga

“Kami tidak akan berhenti disini sehingga awak selamat kembali bersama kami dan keadilan mesti ditegakkan,” demikian luahan anak perempuan bekas perdana menteri Najib Razak, Nooryana Najwa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bapanya dalam kes SRC International.

Menerusi hantaran di Instagram, Nooryana memuat naik sekeping foto menggenggam tangan bapanya berserta kapsyen memohon maaf kepada Najib Razak serta menyatakan kekesalan kerana tidak cukup berjuang untuknya.

“Maafkan saya ‘daddy’. Mungkin kami tidak berjuang dengan cukup kuat, mungkin kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sistem keadilan kita.

“Mungkin kami terlalu yakin akan perjuangan ini, maka kami terus berdiri teguh selama empat tahun ini. Namun anda tidak mendapat keadilan anda hari ini dan kami tidak berpeluang bertempur.

“Saya berjanji kepada anda (Najib) bahawa ‘Mummy’ (Rosmah), Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan orang-orang awak tidak akan berehat sehingga anda selamat kembali bersama kami dan keadilan ditegakkan.

“Kami sangat berbangga dengan kekuatan anda. Bossku tidak berakhir di sini,” katanya dalam catatan Instagram.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas Najib dalam kes SRC International.

Ini bermakna, bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan akan mula menjalani hukuman bermula hari ini.

Najib pada 28 Jul 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib. FMT

‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker