Pelajar didakwa cederakan diri selepas dipaksa buat seks oral

Pelajar didakwa cederakan diri selepas dipaksa buat seks oral

Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya dipaksa melakukan seks oral oleh rakan di sebuah sekolah menengah berasrama di Melaka.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata kejadian itu terbongkar selepas pelajar lelaki tersebut kelihatan murung dan cuba mencederakan diri.



Berikutan itu, katanya, ibu mangsa berusia 37 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian.

“Ibu mangsa mendakwa anaknya yang belajar di sebuah sekolah menengah berasrama di Melaka, dipaksa melakukan seks oral oleh rakan.

“Akibat kejadian itu, wanita berkenaan mendakwa anaknya yang juga pelajar Tingkatan 2 cuba mencederakan diri dengan menggunakan pisau selepas tertekan dengan perbuatan jijik rakannya, Jumaat lalu.

“Kejadian itu juga menyebabkan anaknya ketakutan dan trauma,” katanya menurut Harian Metro.



Christopher berkata, mangsa dikatakan meracau pagi semalam sebelum dihantar oleh keluarganya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, kes masih dalam siasatan kerana polis belum merakam percakapan pelajar terbabit yang kini berada di hospital untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

“Setakat ini, polis belum menahan mana-mana pelajar disyaki terbabit untuk siasatan.

“Kes diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk siasatan lanjut,” katanya. FMT



Pelajar didakwa cederakan diri selepas dipaksa buat seks oral


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?



Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker