Dasar sumber manusia, modal insan diteliti semula – Ismail

Dasar sumber manusia, modal insan diteliti semula – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan meneliti semula dasar melibatkan sumber manusia dan modal insan dalam usaha mengekalkan dan menarik bakat berkemahiran ke pasaran kerja tempatan.

Beliau berkata, Majlis Tindakan Ekonomi yang bermesyuarat hari ini mengakui selain menghadapi cabaran dalam mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, negara kini berdepan saingan dari negara maju yang menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik bakat berkemahiran ke sektor berpotensi tinggi.



Ismail berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan hari ini.

Perdana menteri berkata, kerajaan komited menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpaksikan penerimagunaan teknologi baharu serta penciptaan dan pembangunan teknologi tempatan.

Di samping itu, katanya kerajaan juga akan terus berusaha membangunkan bakat masa hadapan bagi pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

Katanya, Majlis Tindakan Ekonomi juga bersetuju dengan cadangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi supaya langkah intervensi diambil bagi meningkatkan kedudukan Malaysia ke kedudukan 20 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global (Global Innovation Index).



Katanya, ini selari dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Selain itu, satu langkah strategik inovasi akan diwujudkan bagi meningkatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi negara berikutan ketidakpadanan bidang berkenaan dengan kehendak industri.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring dengan perubahan teknologi dan memenuhi keperluan semasa pasaran buruh bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. FMT

Dasar sumber manusia, modal insan diteliti semula – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?



Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker