Suami trauma saksi isteri maut dibaham harimau

PEKANBARU: Seorang lelaki berdepan detik hitam apabila menyaksikan isterinya diterkam dan diseret harimau Sumatera dalam satu kejadian, di Pelalawan, Riau.

Lapor Kompas.com, mangsa yang bekerja dengan syarikat perhutanan, PT Peranap Timber di Kampung Pulau Muda, maut selepas dibaham haiwan ganas itu.

Jurucakap polis Riau, Sunarto mengesahkan insiden itu dan memaklumkannya berlaku pada 19 Ogos lalu.

Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai Seha Sopiana Br Manik, berusia 44 tahun dan berasal dari Sumatera Utara.



“Mangsa ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia selepas dibaham harimau di dalam hutan.


ANGGOTA keselamatan menunjukkan jenazah wanita yang maut dibaham harimau di Riau, Indonesia. – AGENSI

“Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan tugasnya sebelum seekor harimau tiba-tiba muncul di belakangnya, lalu menerkam wanita itu.

“Kejadian itu disaksikan oleh suaminya yang terus menjerit ke arah harimau tersebut sebelum haiwan ganas itu menyeret mangsa ke kawasan semak,” katanya.

Kemudian, suami mangsa cuba mengekori jejak harimau itu dan menemukan isterinya dalam keadaan parah, namun dia dan penduduk kampung tidak berani mendekati mangsa kerana bimbang diperhatikan harimau tersebut.



Keesokan harinya, suami mangsa mencarinya di dalam hutan dan menemukan mayatnya dengan kesan kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker