Wanita tikam suami curang, rebus mayat dalam periuk

TEHRAN – Seorang wanita di Iran ditahan polis kerana didakwa menikam suaminya hingga mati dan memasak bahagian badannya selepas mendapat tahu mengenai kecurangan lelaki tersebut, lapor akhbar The Sun, semalam.

Wanita berusia 22 tahun itu ditahan selepas polis menemui mayat pasangannya yang dalam keadaan tidak sempurna selepas dikerat di rumah mereka di Eslamshahr pada 13 Ogos.

Polis dimaklumkan mengenai mayat reput oleh penduduk tempatan yang melaporkan terdapat bau busuk datang dari rumah pasangan itu.

Ibu kepada seorang anak yang berasal dari Afghanistan itu dituduh mengerat mayat suaminya dan merebus bahagian badan lelaki itu di dalam periuk.

Polis percaya bahawa suspek mengamuk selepas mendapati mangsa, yang dilaporkan berusia lewat 30-an, sedang bercinta dengan wanita lain.

Suspek dikatakan telah melihat perempuan simpanan mangsa di rumah sebelum bersemuka dengan mangsa dan terlibat dalam pertengkaran yang dahsyat.

Suspek turut memberitahu bahawa dia sudah ‘penat’ dengan sikap mangsa selain mendakwa dia dan anak mereka sering didera oleh suaminya.

“Dia pernah memukul saya dan anak perempuan yang berumur lima tahun serta mengkhianati saya beberapa kali.

“Saya bosan dengan perangai tersebut dan sebab itu saya membunuhnya.

“Saya tidak faham bagaimana saya secara tiba-tiba menghunus pisau ke perutnya sebelum dia  rebah dan terus tidak bergerak,” cerita suspek semasa soal siasat.

Setakat ini, tiada kenyataan dibuat mengenai tindakannya merebus mayat suaminya yang dianggap agak luar biasa. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker