Hampir 10,000 sertai solat hajat, zikir bersama Ismail

Hampir 10,000 sertai solat hajat, zikir bersama Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob malam ini menyertai hampir 10 ribu jemaah di Masjid Putra di sini untuk solat hajat dan berzikir pada program Munajat Keluarga Malaysia.

Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira 8.24 malam, yang kemudiannya diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad untuk menjamu selera, sebelum menunaikan solat Isyak berjemaah.

Turut serta ialah beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa serta Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Solat Isyak diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Salahuddin Ghozali manakala solat hajat pula diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah.

Ia disusuli bacaan zikir munajat dan qasidah dipimpin secara bersama oleh beberapa selebriti terkenal seperti Munif Ahmad.

Sementara itu, tausiah disampaikan pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid manakala bacaan doa Keluarga Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Ismail Sabri turut menyampaikan bantuan kepada 20 buah pusat tahfiz, pondok, institusi kebajikan dan rumah anak-anak yatim.

Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu diadakan bersempena setahun Ismail Sabri menerajui kerajaan. Munajat Keluarga Malaysia itu dijalankan serentak di enam lokasi iaitu Putrajaya, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak dan Johor.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos 2021. FMT

Hampir 10,000 sertai solat hajat, zikir bersama Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker