Nahas di tapak ECRL, lelaki maut kepala digilis lori sendiri

Nahas di tapak ECRL, lelaki maut kepala digilis lori sendiri

Seorang lelaki maut apabila lori dipandu menggilis kepalanya selepas tercampak dari cermin hadapan sejurus kenderaan berat itu terjunam di curam, dalam nahas di kawasan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Merchang, Marang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu, mangsa, Nasaruddin Nasir, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan.

Lapor Berita Harian, kejadian dipercayai berlaku ketika lori dipandu mangsa menuruni bukit di tapak pembinaan dan menghala ke bengkel lori.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, lori dipandunya hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terjunam di curam yang berketinggian kira-kira tiga meter.

Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada cermin hadapan sebelum kepalanya digilis.

Sementara itu, Ketua Polis Marang Mohd Zain Mat Dris, mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Nahas di tapak ECRL, lelaki maut kepala digilis lori sendiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker