Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Ahli Majlis Kerja Tertingginya Puad Zarkashi meminta tiga pihak berkuasa supaya tidak membisu berhubung persoalan rakyat mengenai kertas siasatan membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Ghazali yang bocor dan menjadi tular

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno meminta tiga pihak berkuasa supaya tidak membisu berhubung persoalan rakyat mengenai kertas siasatan membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Ghazali yang bocor dan menjadi tular.

Ahli Majlis Kerja Tertingginya Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara Idrus Harun dan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berdiam diri ialah satu “trend” dalam sistem keadilan di Malaysia.

Rakyat berhak mengetahui sama ada laporan siasatan SPRM terhadap Nazlan yang dibocorkan portal Malaysia Today adalah tulen atau sebaliknya, tegas Puad.

“Rakyat juga bertanya kepada peguam negara, sudahkah beliau baca laporan SPRM yang dihantar kepadanya pada Mei. Sudah tiga bulan (berlaku), kenapa (masih) membisu juga?



“Mungkin beliau belum baca laporan itu dan tidak terfikir laporan SPRM itu akan bocor, sebab itu membisu,” katanya di Facebook.

“Rakyat juga bertanya kepada ketua Hakim negara (sama ada) kebocoran itu tidak boleh menjadi alasan agar permohonan Najib (Razak) untuk bawa bukti baru wajar dipertimbangkan.”

Pada 18 Ogos lepas, penulis blog yang berpangkalan di United Kingdom, Raja Petra Kamarudin, memuat naik dokumen yang didakwa disediakan SPRM.

Dokumen berkenaan menunjukkan siasatan SPRM terhadap Nazlan telah selesai dan laporannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.



Pada 16 Ogos, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan keterangan tambahan berhubung Nazlan menerusi rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nazlan ialah hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah atas tujuh tuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib pada 28 Julai 2020.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Tengku Maimun sebulat suara membuat keputusan menolak permohonan Najib untuk memasukkan keterangan tambahan selepas mendapati tiada kaitan antara pekerjaan Nazlan sebelum ini sebagai peguam am dan setiausaha syarikat Kumpulan Maybank yang boleh mewujudkan konflik kepentingan di pihaknya.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)



MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker