Ali Reza punca penceraian rumah tangga pelakon?

Ali Reza punca penceraian rumah tangga pelakon?

“Saya tahu orang kaitkan nama saya, tapi seperti yang saya cakap tak ada apa-apa berlaku. Saya tak pasti kenapa orang bangkitkan semula perkara ini ia dah lama. Tak ada isu pun.”

Demikian kata pelakon Ali Reza sekali gus menafikan dirinya sebagai orang ketiga hingga menjadi punca perceraian pelakon wanita dengan suaminya.



Ali Reza, 25, atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoossi berkata, dia dengan pelakon itu tidak menjalin sebarang hubungan selain rakan sekerja.

“Saya ada dengar gosip itu, tapi dah lama. Rasanya dalam dua tahun lepas. Kita bekerja dan tak ada apa-apa hubungan selain rakan sekerja.

“Bila dengar gosip itu saya rasa terkejut. Tetapi, saya tahu diri saya dan tak perlu risau sebab saya tak buat apa-apa pun.
erkara seperti gosip dan kontroversi ini sentiasa akan ada. Ia mengenai bagaimana kita mengatasi situasi itu. Kalau tahu ia salah maka kena buat perkara yang betul. Macam saya cakap, tak ada apa yang berlaku dan saya tak risau,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ali Reza yang juga pelakon drama Do You Love Me Captain? ditemui pada acara pertunjukan fesyen jenama Neonate sempena KL Fashion Week 2022, di sini, semalam.



Menurut Ali Reza, dia juga tidak pasti sama ada isu dibangkitkan itu sengaja mahu menjejaskan nama dan kerjayanya.

“Saya tak pasti mengenai isu sabotaj. Saya pun sekarang ini tengah bekerja jadi tak terlalu fokus sangat dengan isu lama yang saya pernah terbabit. Tak ada apa antara kami dan itu atas urusan kerja saja. Jadi, pada masa hadapan saya akan lebih berhati-hati.

“Bila saya terlalu fikir banyak sangat mengenai perkara itu, saya akan kusut dan tak boleh fokus dengan kerja. Pada saya, saya rasa tak buat perkara yang salah dan tak ada sebab untuk rasa risau. Saya hanya perlu terus bekerja. Itu saja,” katanya.

Ditanya andai jodoh dengan wanita berusia atau berstatus janda, Ali Reza menyerahkan perkara itu pada ketentuan Allah.



“Jodoh itu di tangan Tuhan. Saya berkawan dengan semua orang. Tak kisah tua atau muda. Saya dah kenal ramai orang dan berkawan dengan semua orang, jadi siapa tahu. Sekarang ini saya sentiasa ‘single’. Sekarang ini tidak ada siapa-siapa.

“Berkenaan status dan umur jodoh macam saya katakan tadi, jodoh di tangan Tuhan. Saya pun tak boleh nak cakap. Asalkan bukan lelaki,” katanya. HM

Ali Reza punca penceraian rumah tangga pelakon?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat



Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker