Biro politik Umno mesyuarat esok, dijangka sentuh isu Najib

Biro politik Umno mesyuarat esok, dijangka sentuh isu Najib

Biro politik Umno akan bermesyuarat malam esok dan dijangka turut menyentuh keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara ke atas Najib Razak.

Perkara itu dimaklumkan sumber dalaman Umno.



Bagaimanapun dia tidak mendedahkan maklumat lanjut berhubung mesyuarat itu.

“Mesyuarat biro politik akan berlangsung malam esok. Jadi, kita tengoklah macam mana.

“Mungkin akan menyentuh mengenai Najib,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib dalam kes rasuah melibatkan SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.



Dia justeru akan menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tengku Mat.

Selain Tengku Maimun, empat lagi yang mendengar permohonan Najib ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim, selain hakim kanan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan, dan Mohamad Zabidin Mohd Diah. Mk

Biro politik Umno mesyuarat esok, dijangka sentuh isu Najib




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)



Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker