Peragut terlepas peluang curi jam Rolex bernilai setengah juta dalam Bugatti

LONDON – Dua peragut bersenjata cuba memecah cermin sebuah kereta Bugatti milik seorang jutawan di pusat bandar London untuk mencuri seutas jam tangan Rolex berharga £110,000 (RM583,211), lapor akhbar The Sun kelmarin.

kejadian pada waktu siang itu, jutawan bernama Abdullah F. Al Basman sedang memandu kereta mewahnya yang berharga £3 juta (RM15.9 juta) apabila dia dihimpit oleh seorang penunggang motosikal secara tiba-tiba.

Pencuri tersebut cuba memecahkan tingkap supercar berwarna hitam itu sambil diperhatikan oleh seorang lagi rakan subahatnya yang menunggang motosikal berasingan.



Sasaran mereka dipercayai adalah jam tangan Platinum Rolex Daytona, yang berharga lebih £110,000 (RM583,211).

Menurut saksi, Abdullah menetap di Hotel Berkeley, di mana dua pencuri berkenaan dilihat mengekorinya dari hotel tersebut.

“Dua pencuri tersebut berada di luar hotel pagi ini dan kakitangan mengarahkan mereka agar berlalu dari laluan kereta di hadapan lobi.

“Apabila Abdullah menaiki kereta Bugatti miliknya dan berlalu dari hotel tersebut, dua penjenayah itu mengekorinya sehingga ke Hyde Park Corner. Salah seorang daripada mereka membunyikan hon, dipercayai sebagai isyarat memulakan serangan.



“Saya mengandaikan mereka menanti sehingga tiba di simpang yang mempunyai lampu isyarat merah yang lama sebelum bertindak menyerangnya,” kata saksi tersebut.

Berdasarkan video rakaman, dua peragut itu dilihat menghimpit kereta Abdullah dan mengetuk cermin menggunakan tukul.

Jutawan dari Kuwait itu kemudian memecut kenderaannya, yang menyebabkan dua peragut terbabit gagal dalam ‘misi’ mereka. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?



Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker