Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak

Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak

LONDON – Seorang lelaki Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah memperkosa seorang ibu dan anaknya ketika berada di bawah pengaruh dadah, lapor akhbar New York Post semalam.

Joshua Carney, 28, menghadapi enam pertuduhan merogol di mana dia dilaporkan memaksa kedua-dua mangsa menyaksikan dia memperkosa mereka secara bergilir. Jenayah tersebut dilakukan hanya lima hari selepas dia dibebaskan dari penjara atas kesalahan lain.

Kedua-dua ibu dan anak itu berkata, tertuduh memecah masuk rumah mereka di Cardiff, Wales dan melakukan ugutan menggunakan pisau.

Mangsa kedua yang berusia 14 tahun sempat mengunci dirinya di dalam bilik dan menghubungi polis sebelum tertuduh memecah masuk.

“Berhenti menjerit atau saya akan menikam anda,” kata tertuduh kepada mangsa seperti didedahkan pendakwa raya.

Tertuduh kemudian memaksa mangsa pertama menyaksikan dia merogol anak perempuannya.

Hakim Tracey Lloyd-Clarke menyifatkan tindakan Carney sebagai ‘amat sadis’ ketika menjatuhkan hukuman.

“Kesalahan kamu pada hari tersebut amat teruk dan bagaikan mimpi ngeri,” katanya.

Dalam pada itu, kedua-dua mangsa berkata, mereka mengalami trauma yang teruk selepas insiden tersebut.

“Sehingga pagi serangan itu berlaku, saya merupakan seorang wanita yang tabah dan berdikari. Namun, semuanya telah berubah,” kata mangsa pertama sambil menambah dia sukar untuk tidur kerana dihantui oleh mimpi buruk dan perasaan bersalah.

Sementara mangsa kedua menerusi kenyataan yang ditulis dan dibacakan oleh peguam pula berkata, dia berasa amat trauma sehingga takut untuk memeluk bapa kandungnya sendiri.

“Sebelum ini saya sering mengucup dan memeluk bapa, namun berasa tidak dapat melakukannya lagi. Saya berasa jijik,” katanya. K Online

Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker