Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Datuk Seri Najib Razak mahu panel hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu ditetapkan untuk mendengar rayuan akhirnya bagi mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya, berdasarkan maklumat baharu membabitkan suami Ketua Hakim Negara.

Najib mengemukakan permohonan itu melalui notis usulnya difailkan semalam supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim, menarik diri daripada mendengar rayuan berkenaan, kerana mendakwa suami kepada pengerusi panel terbabit menerbitkan hantaran di laman Facebook berhubung dirinya.



Turut bersidang dalam rayuan akhir itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada peringkat ini, panel sudah selesai mendengar hujahan pendakwaan pada Jumaat lalu.

Dalam afidavit sokongannnya, Najib berkata, beliau mendapat tahu pada 17 Ogos lalu, terdapat satu hantaran dibuat di laman Facebook pada 11 Mei 2018 oleh individu bernama Zamani Ibrahim berkaitan dirinya dalam prosiding rayuan akhir itu.

Najib berkata, beliau percaya individu berkenaan adalah suami Tengku Maimun iaitu Datuk Zamani Ibrahim.



“Saya sesungguhnya percaya perkembangan baharu ini sungguh membimbangkan dalam mengambil kira fakta bahawa Zamani jelas mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepemimpinan saya terhadap negara ini sebagai seorang perdana menteri dan menyimpulkan bahawa saya menyalur keluar dana-dana harta negara ke dalam akaun akaun peribadi saya.

“Oleh kerana beliau suami pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan saya, adalah berkemungkinan beliau akan mempengaruhi pemikiran pengerusi terhadap tuduhan ke atas kebersalahan saya.

“Saya selanjutnya menyatakan bahawa oleh kerana sifat hubungan suami isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari olehnya melalui sentimen suaminya terhadap saya,” katanya.

Najib berkata, berdasarkan perkara itu, sebarang dapatan Mahkamah Persekutuan terhadapnya akan diragui pemerhati yang berfikiran munasabah dan berpendapat keputusan itu tercemar dengan unsur berat sebelah, selain pandangan awam terhadap kebebasan badan kehakiman akan diragui.



“Permohonan ini bukan dibuat untuk mengaibkan mahkamah terutama sekali Yang Amat Arif dan prosiding yang sedang berlangsung, namun dibuat di dalam kepentingan melindungi kebebasan badan kehakiman.

“Lebih-lebih lagi, badan kehakiman sentiasa menjaga penuh reputasinya. Oleh itu saya memohon permohonan ini dibenarkan,” katanya. BH

Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’



Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker