VIsa Haji Furada, Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas di KLIA akibat ditipu

KUALA LUMPUR: Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyuarakan rasa kesal dengan berita mengenai kira-kira 380 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut kenyataan kepada Bernama semalam, kedutaan menegaskan pihaknya tiada kaitan dengan insiden itu.

“Kedutaan kesal dengan apa yang berlaku kepada beberapa warga Malaysia yang ditipu agensi pelancongan Malaysia yang mendakwa telah mendapatkan visa daripada kedutaan. Pihak kedutaan menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan insiden ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut merujuk kepada kenyataan sebelum ini yang dikeluarkan pada 24 Mac, pihak kedutaan mendapati terdapat iklan oleh beberapa syarikat Malaysia yang mempromosikan pakej pelancongan dan program menunaikan haji tahun ini.

“Kenyataan itu memberi amaran dan menegaskan bahawa kedutaan tidak berkomunikasi dengan mana-mana pihak di Malaysia dari segi pengaturan haji tahun ini 1443H/2022,” kata kenyataan itu.

Memandangkan ibadat haji dianggap ibadah paling penting dalam Islam, Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohammed Salman bersedia untuk menyediakan semua kemudahan yang membolehkan jemaah haji menunaikan haji dengan mudah dan selamat.

Kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA pada Khamis dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa haji furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad dalam kenyataan semalam menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya semalam memaklumkan agensi pelancongan yang menguruskan hampir 400 bakal jemaah haji terbabit akan mengembalikan wang dan pasport jemaah secara berperingkat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker