Heliza Helmi selamat bernikah

Heliza Helmi selamat bernikah

Penyanyi Heliza Helmi, 35, melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 10 pagi, hari ini.

Pendakwah bebas, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff dalam hantaran di Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan yang berlangsung.

“Tahniah kedua adinda saya kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian.

“Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan. Esok kita jumpa ya,” katanya.

Menerusi hantaran video di Instagram Story jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui berdebar sebelum akad nikah dijalankan.

“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya ringkas.

Difahamkan, suami kepada Heliza ialah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. HM

Heliza Helmi selamat bernikah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker