Tiba- tiba kami ke hotel, tak tahu kenapa

Tiba- tiba kami ke hotel, tak tahu kenapa

Sandakan: “Saya sakit (pening), dia temankan ke klinik kemudian tidak tahu tiba-tiba kami ke hotel,” itu alasan seorang wanita yang dicekup berdua-duaan bersama pasangannya bukan Muslim di bilik hotel di sini, tengah malam tadi.

Dalam Ops Tahun Baru bermula kira-kira jam 10 malam itu, wanita itu antara 15 individu berusia antara 18 hingga 42 tahun yang ditahan pihak berkuasa.



Difahamkan, ketika ditahan, wanita berusia 32 tahun itu turut didapati memiliki pil ekstasi.

Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, wanita itu ditahan ketika berdua-duaan bersama lelaki bukan Muslim berusia 40 tahun.

Menurutnya, pasangan itu antara lapan pasangan yang dicekup dalam operasi terbabit dan lelaki bukan Muslim itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Dalam operasi ini, kami menahan sebanyak lapan pasangan dan pada awalnya semua mereka mengaku kononnya sudah berkahwin.



“Selepas kita semak melalui e-perkahwinan ternyata mereka belum berkahwin dan kebanyakan yang ditahan juga golongan muda.

“Ada seorang wanita yang berpasangan dengan lelaki bukan Muslim kita dapati dia memiliki pil ekstasi dan lelaki itu turut ditahan sebagai saksi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, sempena Ops Ambang Tahun Baru di Sandakan, awal pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, operasi sempena ambang tahun baru dilancarkan sejak 24 Disember lalu.



“Kita sudah lancar operasi ini sejak 24 Disember lalu bersama dengan Ops Natal.

“Sepanjang operasi, kita membuat rampasan sebanyak tujuh buah motosikal dan sebanyak 204 saman dan seramai 10 orang ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah,” katanya. HM

Tiba- tiba kami ke hotel, tak tahu kenapa


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker