Lelaki gigit anjing polis dipenjara 8 bulan

 

Seorang lelaki Britain dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana menggigit seekor anjing polis dan menyerang pegawai bertugas, lapor akhbar The Telegraph.

Matthew Boulter, mengaku bersalah selepas diberkas kerana menyerang tiga individu dan mendatangkan kecederaan kepada haiwan di sebuah lokasi di Grimsby.

Menurut laporan, polis diarah untuk menahan tertuduh pada Ahad lalu kerana didakwa terlibat dalam beberapa siri serangan sebelum itu.

Ketika seorang pegawai cuba menahannya, Boulter menumbuk dan menendang beberapa pagar ke arah polis tersebut yang menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan.

Seekor anjing polis bernama PD Xander kemudian dikerah untuk membantu dalam tangkapan tersebut, namun Boulter bertindak menggigit haiwan itu pada bahagian kepala sebelum memegang dan memulas kolar lehernya.

“Menyerang kakitangan perkhidmatan kecemasan adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima, manakala anjing polis pula memberikan bantuan penting kepada kami. Ia adalah sebahagian daripada keluarga polis,” kata Detektif Sarjan Thomas Crosfill dari jabatan Polis Humberside.

Tambah Crosfill, insiden tersebut berlaku di sebuah lokasi awam dan boleh menjejaskan mangsa serta orang ramai yang lalu-lalang.

“Kami ingin memastikan bandar ini selamat kepada orang ramai untuk hidup, bekerja dan melancong,” ujarnya.

Dalam pada itu, PD Xander dilaporkan telah sembuh dan kembali bertugas pada keesokan harinya. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker