Mahkamah: Pengeluaran terbesar daripada akaun Armada, RM1juta

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, wang RM1 juta yang dinyatakan dalam pertuduhan pecah amanah terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan nilai terbesar yang pernah dikeluarkan daripada akaun milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Rafiq Hakim Razali berkata, wang tersebut dikeluarkan pada 6 Mac 2020 atas arahan Ahli Parlimen Muar itu yang mahukan ia `dilupuskan’ selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung kehilangan wang RM250,000 daripada peti besi di rumahnya.

Rafiq yang ketika itu berjawatan Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu, Syed Saddiq mengarahkan demikian kerana selaku bendahari dan pemegang amanah, beliau merupakan sasaran selanjutnya.

Ketika disoal balas oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq, Rafiq bersetuju tertuduh tidak pernah menghasutnya mengeluarkan wang RM1 juta daripada akaun CIMB milik Armada.

Saksi pendakwaan ke-13 itu bagaimanapun tidak bersetuju bahawa beliau berpakat secara jahat dengan Syed Saddiq mengeluarkan wang itu sebaliknya menyatakan ia arahan tertuduh.

Dalam keterangannya, Rafiq turut menyatakan wang RM1 juta itu digunakan untuk melaksanakan program-program Armada dan sayap parti Bersatu itu tidak mengalami kerugian meskipun berlaku pengurangan wang dalam akaunnya.

Menurut Rafiq, beliau tidak pernah menerima arahan untuk membentangkan perbelanjaan Armada kepada mesyuarat Exco.

Pada prosiding soal balas itu, Rafiq menyatakan beliau baharu mengetahui bahawa sebanyak RM170,000 dibelanjakan untuk kempen pilihan raya Syed Saddiq di Muar.

“Wang RM170,000 untuk kegunaan kempen di Muar, saya tidak tahu kemana perginya wang tersebut. Saya cuma pindahkan ke dalam akaun beliau,” ujar saksi.

Sementara itu, pada sesi pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Rafiq diminta menjelaskan keterangannya sebelum ini bahawa beliau `terjebak’ berhubung pengeluaran wang RM1 juta itu.

Saksi memberitahu selaku salah seorang pemegang amanah, beliau `terjebak’ kerana membuat pengeluaran tanpa memaklumkannya kepada kepimpinan tertinggi atau mengemukakan kertas kerja mengenainya.

Ujar Rafiq, beliau juga tidak mengemukakan nota keterangan atau membuat laporan polis kerana berpendapat tindakan mengeluarkan wang itu satu kesalahan pecah amanah dan khuatir akan dikesan oleh pihak polis.

Dalam keterangannya, Rafiq menafikan beliau `diajar’ oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan di mahkamah pada perbicaraan tersebut.

Sebelum mahkamah selesai bersidang, Gobind memohon agar tiga pegawai penyiasat SPRM dipanggil semula untuk diperiksa balas pada tarikh perbicaraan akan datang.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan keterangan mereka didengar selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 September ini.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis selewat-lewatnya pada 30 September manakala penghujahan lisan didengar pada 6 dan 7 Oktober ini

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker