NASA rakam bunyi seram ‘black hole’ [VIDEO]

Lohong hitam tersebut ditemui di bahagian tengah gugusan galaksi digelar Perseus. – Marca

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan bunyi menakutkan yang berasal daripada sebuah lohong hitam (black hole)  di gugusan galaksi, lapor akhbar The Sun semalam.

Melodi tersebut dikatakan amat menakutkan seperti yang dijangka daripada sesuatu yang sangat misteri.

NASA merakam audio tersebut menggunakan pelbagai gelombang bunyi dan data pintar.

“Terdapat salah faham sebelum ini dengan ramai yang menyatakan bahawa tiada sebarang bunyi di angkasa lepas kerana kebanyakan ruang adalah hampagas. Kita mengetahui bahawa gelombang bunyi tidak dapat dipindahkan melalui hampagas.

“Bagaimanapun, terdapat satu gugusan galaksi yang mengandungi banyak gas sehingga membolehkan kami merakam bunyi yang sebenar.

“Jadi, kami menguatkannya (bunyi) dan menggabung dengan sebilangan data lain untuk anda mendengar bunyi lohong hitam,” kata NASA menerusi Twitter.

Lohong hitam tersebut ditemui di bahagian tengah gugusan galaksi digelar Perseus.

Pada 2003, ahli-ahli astronomi menyedari bahawa gelombang tekanan yang dihasilkan oleh lohong hitam menghasilkan ombak  dalam gas panas gugusan bintang tersebut. Ia dipercayai boleh diterjemah ke dalam nota bunyi.

Bagaimanapun, manusia tidak dapat mendengar bunyi tersebut. Justeru, pakar-pakar telah mengubahnya menerusi proses sonifikasi bagi menghasilkan bunyi aneh yang didedahkan tersebut.

“Bunyi itu didengari 144 kuadrilion dan 288 kuadrilion kali lebih kuat daripada frekuensi asalnya,” kata NASA. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker